DOA PENAWAR GULA PENYEMBUH KENCING MANIS





و١ذ١ مرضت فهو يشفين ...يآقهآر ، يآجبآر، يآستآر، يآرحيم
إرحمني وآجنبني من آلسكر يآألله

“Dibaca sebanyak 313 kali setiap kali selepas sembahyang 5 waktu. Insyaallah Afiat”

Doa ini saya dapati di Makam Maharaja Kadi Syeikh Abdul Jalil Wali Allah Tanjung Pauh, Jitra, Kedah. Pada hari Jumaat 01 Mei 2009 jam 7.00 pagi selepas menunaikan solat Subuh berjemaah dalam majlis sambutan Maulidur Rasul, waktu saya sedang baca Manzil seorang lelaki India Muslim yang saya tidak kenali dating dari arah belakang saya menghulurkan doa ini kepada saya dan saya pun mengambil sambil memerhatikan doa tersebut. Apabila saya menoleh kebelakang saya dapati lelaki tersebut telah tiada. Kemudian lebih kurang jam 7.30 pagi saya terus ke rumah Pak Su Haji Abdul Hamid Wali Allah di Kuala Pai, untuk mendapatkan pandangan beliau. Pak Su Haji Abdul Hamid meminta saya membaca doa ini di hadapannya dan beliau berkata “baik sekali doa ini untuk diamalkan”.

**Berubat Dengan Madu

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dari perut lebah itu keluarlah minuman (Madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar (Ubat) bagi manusia” (An-Nahl:69)

**Kencing Manis

Madu lebah mengandungi gula fruktos iaitu sejenis gula yang dapat masuk ke dalam sel tubuh manusia secara langsung tanpa memerlukan insulin. Ini berbeza dengan glukos. Ia tidak mampu untuk memasuki sel-sel tubuh dan memainkan peranannya melainkan dengan bantuan insulin. Justeru itu madu lebah adalah bahan makanan yang paling penting bagi merawat penyakit kencing manis. Madu lebah mampu membekalkan bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bahi mengalihkan ketidakmampuan glukos melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan