Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

KEMBALI KEPADA SUNNAH YANG MULIA







Tujuan ditubuhkan ialah :

1. Untuk mengajak manusia kembali kepada sistem perubatan Rasullullah SAW.

2. Menyedarkan manusia bahawa sistem pengubatan Rasulullah tidaklah sama dengan sistem perubatan para doktor biasa.

3. Berkeyakinan sepenuhnya bahawa perubatan yang ditunjukan oleh Rasullullah pasti benar kerana berdasarkan wahyu Ilahi yang paling sempurna.

4 Menyedari bahawa sistem perubatan doktor biasa hanyalah berdasarkan perkiraan dan percubaan. Justeru itu adalah mustahil ianya dapat mengatasi sistem perubatan Nabi yang bijaksana (fathonah)

5. Menyedari betapa dunia sedang menyaksikan kegagalan sebenar tahap kesihatan manusia berdasarkan sistem perubatan barat yang kita agung-agungkan selama ini.walaupun banyak pembangunan teknologi dan kepandaian sains yang telah dicapai oleh gulungan professional perubatan barat (alopati). Sebagai cuntuh, pada tahun 1995 sabuah lapuran di dalam JAMA (Journal of the Amerika Medical Association) mengatakan bahawa lebih daripada 1 juta pesakit dimasukan ke hospital di Amerika setiap tahun. Daripada jumlah itu seramai 280,000 orang telah mati yang berpunca daripada kesan sampingan pengambilan ubat- ubatan berasaskan dadah, kimia dan racun secara berpanjangan.


Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah ! Saya ingin mengajak anda sumua supaya merenung firman Allah SWT yang berbunyi :
“Dan manakala aku sakit DIAlah yang menyembuhkanku”-(Asy-Syu’araa’:89) 


Kemudian kita renungkan bersama hadis nabi yang berbunyi:
“Setiap penyakit itu ada ubatnya, melainkan mati”

Ayat dan hadis diatas menunjukan kepada kita bahawa setiap penyakit ada ubatnya.

Untuk itu Allah mengesyurkan UBAT yang terbaik didalam surah an-Nahl ayat 69 yang berbunyi:
“Dari perut lebah itu keluarlah minuman madu yang bermacam-macam warnanya sebagai UBAT bagi manusia” 


Sebagai hamba yang paling mulia diatas muka bumi ini,serta penghulu segala nabi,Syaidina Muhammad SAW dengan tegasnya telah bersabda:
“Tetaplah kamu berubat dengan al-Habbatus al- Sawda’ ini kerana didalamnya terdapat UBAT bagi segala penyakit melainkan mati” (H/R: Al – Bukhaari)

Keyakinan 100% terhadap firman Allah SWT dan Hadis Nabi SAW inilah yang mendorongkan Pengerusi Eksuktif PRM Global Vision Ybhg. Dato’ Haji Hashim bin Ismail tidak jemu-jemu MENGKAJI, MENELITI dari PENGALAMAN dan PENGAMATAN serta PEMBELAJARAN yang berterusan berdasarkan Kitab Tibbun Nabawi yang ditimba dari guru-guru yang berpengalaman luas didalam bidang perubatan Islam dan akhirnya terciptalah produk-produk PRM Global Vision berasaskan Madu dan al-Habbatus al- Sawda’ sebagai PENAWAR yang TERBAIK dimuka bumi ini, kerana ianya telah disebutkan oleh Allah yang Maha Mengetahui dan Nabi yang tidak pernah berdusta.

Marilah kita kembali kepada sunnah yang mulia. Sesungguhnya tidak ada seorang pun hamba-hambaNya yang menentang sunnah yang mulia melainkan ianya akan musnah secara menyeluruh.


Apakah anda mengalami masalah berikut?

Letih, sakit kepala, lemah daya tahan, mudah dijangkiti selsema, susah tidur, tidak berselera, tidak sedap badan.

Ini adalah tanda darah berasid/ kotor. Jika masih berterusan  sembelit, masalah kulit lesu, lemah, hormon tak seimbang, kegemukan, kurang darah.

Jika masih berterusan - kemungkinan besar anda akan mengidap penyakit tekanan darah tinggi, sakit jantung, ulcer perut, kencing manis, masalah sistem saraf, masalah hati, buah pinggang, cancer, HIV, HINI dan lain-lain penyakit kronik.

Jika ada sila dapatkan:-

PEMERIKSAAN SEGERA!!


Bagi mengesan penyakit di peringkat awal sekarang atau terus hubungi saya untuk temujanji!

KHIDMAT NASIHAT RAWATAN SECARA PERUBATAN SUNNAH!

ABD RAHMAN 012-4050687/ 019-2994732
AZLINA 019-6513744

GABUNGAN MADU & HABBATUS SAWDA'!
ANDA PASTI MENDAPAT MANFAAT, ANUGERAH ILLAHI DAN SUNNAH RASUL!

KEMBALI KEPADA SUNNAH YANG MULIA!
"SATU KEJUTAN DI DALAM BIDANG PERUBATAN MODEN"

* penawar yang disebut di dalam Al-Quran & Hadis
* penawar bagi pelbagai penyakit
* makanan & minuman kesihatan yang benilai tinggi
* membina kekuatan mental, jasad & ro
* keberkesanan yang telah terbukti

INSYAALLAH - SEMUA DENGAN IZIN ALLAH SWT

          

Madu Lebah Di Dalam Islam


Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu).Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh

Mutiara Doa : Doa Untuk Sihat Tubuh Badan dan Berlindung dari Kekufuran dan Azab Kubur




































Dibaca pada setiap pagi iaitu sesudah solat subuh dan selepas solat asar.Nescaya Allah akan mengurniakan kesihatan pada kita dan menjauhkan kita dari kekufuran dan kepapaan serta dari azab api neraka.

KEKUATAN DAN KEBERKATAN ZIKIR


Sama ada siang dan malam,dalam apa jua keadaan dan dimana sahaja kita, marilah kita penuhi masa kita,naik turun nafas kita dengan wirid-wirid utama.
Sesungguhnya terdapat pelbagai jenis wirid-wirid utama yang diwarisi dari para Rasul, nabi, sahabat, wali Allah serta ulama-ulama muktabar.
Setiap wirid mempunyai pengaruh tersendiri di dalam hati.
Setiap wirid ada cahaya atau nuur tersendiri.
Setiap wirid ada makam dan darjatnya.
Setiap wirid ada maunahnya.
Setiap wirid ada pengaruhnya dalam menyinari hati dan menguasai anggota lahiriah.
Setiap wirid ada penilaian disisi Allah.
Setiap wirid hendaklah dilakukan secara istiqamah
Untuk membebaskan rasa bosan, malas atau tidak mahu berwirid langsung maka bolehlah diganti serta diubah rentak wirid tersebut asalkan tidak melencung dari sanadnya.
Ubahlah zikir menjadi wirid agar keberkesanannya lebih mantap.
Jadikan zikrullah sebagai wirid dengan waktu dan jumlah yang telah ditetapkan.
Gunakan tasbih untuk menentukan ketetapan jumlahnya.
Apabila jari jemari bergesel ianya akan mengeluarkan haba yang akan member kekuatan kepada tubuh,penahan daripada kejahatan dan penyembuhan daripada penyakit.
Zikir yang diwiridkan adalah rukun tariqat,kunci hakikat, senjata murid, pancaran cahaya ma’rifat kehambaan dan kewalian.
Ingatlah kepadaKu, maka Aku akan ingat kepadamu. (al-Baqarah:152)

DOA PENAWAR GULA PENYEMBUH KENCING MANIS





و١ذ١ مرضت فهو يشفين ...يآقهآر ، يآجبآر، يآستآر، يآرحيم
إرحمني وآجنبني من آلسكر يآألله

“Dibaca sebanyak 313 kali setiap kali selepas sembahyang 5 waktu. Insyaallah Afiat”

Doa ini saya dapati di Makam Maharaja Kadi Syeikh Abdul Jalil Wali Allah Tanjung Pauh, Jitra, Kedah. Pada hari Jumaat 01 Mei 2009 jam 7.00 pagi selepas menunaikan solat Subuh berjemaah dalam majlis sambutan Maulidur Rasul, waktu saya sedang baca Manzil seorang lelaki India Muslim yang saya tidak kenali dating dari arah belakang saya menghulurkan doa ini kepada saya dan saya pun mengambil sambil memerhatikan doa tersebut. Apabila saya menoleh kebelakang saya dapati lelaki tersebut telah tiada. Kemudian lebih kurang jam 7.30 pagi saya terus ke rumah Pak Su Haji Abdul Hamid Wali Allah di Kuala Pai, untuk mendapatkan pandangan beliau. Pak Su Haji Abdul Hamid meminta saya membaca doa ini di hadapannya dan beliau berkata “baik sekali doa ini untuk diamalkan”.

**Berubat Dengan Madu

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dari perut lebah itu keluarlah minuman (Madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar (Ubat) bagi manusia” (An-Nahl:69)

**Kencing Manis

Madu lebah mengandungi gula fruktos iaitu sejenis gula yang dapat masuk ke dalam sel tubuh manusia secara langsung tanpa memerlukan insulin. Ini berbeza dengan glukos. Ia tidak mampu untuk memasuki sel-sel tubuh dan memainkan peranannya melainkan dengan bantuan insulin. Justeru itu madu lebah adalah bahan makanan yang paling penting bagi merawat penyakit kencing manis. Madu lebah mampu membekalkan bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bahi mengalihkan ketidakmampuan glukos melakukannya.

HILANGKAN KEKELIRUAN ANDA....


MENGAPA MADU BEKU DAN BERBUKU-BUKU



Madu akan menjadi berbuku-buku jika kandungan semulajadi gula ringkas DEKSTROS berlebihan.

Kandungan DEKSTROS ini TIDAK BOLEH DIUBAH kerana ianya ditentukan oleh JENIS BUNGA yang dihinggapi oleh lebah.

Walau bagaimanapun untuk langkah awal mengelakkan pembekuan, janganlah menyimpan madu tersebut
di dalam peti sejuk.

Menurut pemerhatian dan pengalaman yang telah dibuat dan dijalankan oleh pakar-pakar madu
sesungguhnya madu hutan seperti madu tualang lebih mudah berbuku jika dibandingkan dengan madu pelihara.

Madu yang berbuku ini mudah dicairkan dengan merendamkannya ke dalam air suam (bukan air panas). Sebaiknya pada kadar 60 darjah celcius selama 5 minit.
Di dalam buku "SEVEN HEALTH SECRETS FROM THE HIVES" tulisan H.ROBSON menyebut bahawa madu tulen membeku sebagai bukti bahawa ianya belum diproses dan mempunyai khasiat yang tinggi.



MENGAPA MADU BERBUIH?


Madu asli tempatan selalunya mudah berbuih kerana mengandungi banyak air, disamping wujud ragi(yeast).Kandungan air yang tinggi mempercepatkan madu menjadi basi. Jika digoncang akan mengeluarkan buih dan akan meletup jika ditutup rapat didalam botol.Akibat kejahilan tentang madu, ramai yang suka membeli madu yang boleh "meletup" kerana disangkanya itulah madu asli yang terbaik.

***Sedarilah bahawa apa yang dipercayai secara turun temurun itu semestinya benar.

Keyakinan 100% terhadap firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl:69


Keyakinan 100% terhadap firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl:69
يخرج من بطونها شراب مختلف ألونه فيه شفاء للناس إن في ذلك لآية لقوم يتفكرون
Yang bermaksud : “Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya sebagai penyembuh bagi manusia.”
Keyakinan 100% terhadap sabda Nabi SAW yang fatanah(bijaksana)di dalam sabdanya
عليكم بهذه الحبة السوداء فإن فيها شفاء من كل داء إلا السام والسام الموت (رواه البخارى ومسلم)
Yang bererti : “Tetaplah kamu dengan Al-Habbah Al-Sawda’ ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali al-Sam dan al-Sam itu ialah mati.”
Telah mendorong Dato Hj Hashim Bin Ismail, Pengerusi Eksekutif Pusat Rawatan Menjaro untuk mengkaji dan membuktikan betapa benarnya firman Allah yang Maha Pencipta dan betapa benar dan bijaksananya Sabda Rasul akhir zaman.
Sebagai hamba Allah yang beriman kita hendaklah memahami Kitabullah dan sunnah Rasul dengan baik.Sesungguhnya perubatan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith tidaklah memerlukan prove, pendapat atau komen orang lain untuk mempercayai kebenaran perubatan Allah dan Rasul.
Sebenarnya dasar-dasar ilmu kedoktoran telah lama diperkenalkan di dalam Al-Quran iaitu cara memelihara kesihatan, timbulnya penyakit dan mengubati penyakit.

CARA MENJAGA KESIHATAN
كلو ا واشربوا ولا تسرفوا
“Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui batas.” (Surah Al-A’raf:31)
*Makan berlebihan melampaui batas akan menimbulkan penyakit.
Inilah salah satu cara menjaga kesihatan dengan mengikut ketentuan dan kadar yang dapat dimanfaatkan oleh tubuh. Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan makan malam walau hanya dengan segenggam Buah Kurma. Baginda bersabda :
ترك العشاء مهرمة
Ertinya: “Meninggalkan makan malam(mempercepatkan) ketuaan.” Hadith riwayat : Tarmizi/Ibn Majjah.
Saranan Nabi Muhammad SAW di atas mengandungi begitu banyak hikmah termasuk di bidang kesihatan. Abu Nu’aim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang seseorang terus tidur setelah makan, sebab hal itu dapat mengeraskan hati. Para ahli kedoktoran pun menganjurkan agar berjalan (melakukan gerakan) dahulu setelah makan malam sebelum tidur, walau hanya 100 langkah sahaja. Terus tidur setelah makan akan mengundang pelbagai jenis penyakit.

SEJARAH
Sejarah telah membuktikan jasa, sumbangan dan penguasaan umat Islam di dalam tamadun umat manusia termasuk dalam bidang perubatan. Nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Kindi, Ibnu Rush dan lain-lain telah mewaqafkan hidup mereka untuk pembangunan ilmu perubatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith.Setiap individu Islam perlu mengembalikan kedaulatan Islam di bumi Allah. Sesungguhnya kedaulatan Islam tidak akan tertegak dengan kekuatan laungan dan semangat, akan tetapi Insyaallah akan tertegak melalui ilmu, tarbiyah dan jihad.

SIKAP
Islam menganjurkan supaya berubat dengan bahan yang halal dan suci.
Hadith Rasulullah SAW:
عن ابى هريرة رضى الله عنه قال نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الداء الخبيث
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “ Rasulullah SAW melarang pengubatan dengan ubat yang najis.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)
Bagaimanakah sikap kita sebagai umat Muhammad SAW terhadap saranan hadith tersebut?

Habbatus Sauda’ dan Ubat-Ubatan Yang Digunakan Sebagai Anti Barah



Sebagaimana yang diketahui bahawa ubat-ubatan yang digunakan untuk menentang barah mempunyai kesan-kesan sampingan. Ubat-ubat ini berkemungkinan merendahkan jumlah sel-sel putih dan menyebabkan berlakunya kekurangan darah (anemia) hasil dari pengurangan sum-sum tulang.

Adalah diakui bahawa “ Cisplatin” adalah salah satu ubat yang mahsyur yang digunakan di dalam merawat bengkak-bengkak barah.Ubat ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan.

Beberapa orang penyelidik dari Pusat Penyelidikan Barah di India telah melakukan penyelidikan di mana hasilnya telah disiarkan di dalam majalah “J.Ethno Pharmacology” Tahun 1991, di mana mereka telah menemui bahawa penggunaan Habbatus Sauda’ melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat penggunaan “Cisplatin”. Penggunaan Habbatus Sauda’ juga mencegah terjadinya kes kekurangan darah ataupun pengurangan sel-sel darah putih pada tikus-tikus yang diberikan ubat ini.

Sebagaimana keputusan-keputusan ujikaji ke atas Habbatus Sauda yang telah diisytiharkan oleh para penyelidik di Universiti Iskandariyah, Mesir di muktamar tahunan yang diadakan oleh Yayasan Mesir bagi penyakit alahan di mana di dalam kajian yang telah dijalankan di Iskandariyah yang turut disertai olehDoktor Al-Mufti seorang professor ilmu kehaiwanan, Doktor Ad-Dukhokhoni dan Doktor ‘Imaduddin Muhammad membuktikan bahawa minyak Habbatus Sauda mempunyai kemungkinan mencegah terjadinya bengkak-bengkak barah kulit pada tikus-tikus dengan kadar nisbah 80%.

Di Institut Akbar Al-Islami di Wilayah Florida,Amerika Syarikat Doktor Muhammad Al-Qaadhi dan Doktor Usamah Qindil telah menjalankan ujikaji ke atas penyakit barah. Kedua-dua penyelidik ini telah mendapati bahawa kisaran biji-biji Habbatus Sauda kemungkinan mengurangkan saiz bengkak-bengkak dan menambahkan sel-sel darah penolong.

Apakah peranan Habbatus Sawda’ di Dalam Rawatan Penyakit Asthma?





Ibnu Sina menukilkan di dalam bukunya yang masyhur “Al-Qanun fil At-Thib” (Undang-undang Perubatan) bahawa “ Habbatus Sauda” menghapuskan dan memberi manfaat dalam mengurangkan tekanan jiwa.”

Doktor An-Nasimi berkata: “ Adalah diperhatikan bahawa beberapa pesakit di kalangan penduduk di kawasan sekitar laut Mediterranean – sekira-kira di mana di sana Habbatus Sauda tumbuh dengan banyaknya – menggunakan minyak yang dikeluarkan dari biji-biji Habbatus Sauda bagi merawat serangan penyakit dada dan batuk-batuk, khususnya di kalangan orang awam di Mesir. Melainkan rasa minyak itu tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang lebih-lebih lagi ia mempunyai kesan pengeringan ke atas selaput-selaput lender pada anggota-anggota penghadaman.

Doktor Muhammad Al-Mahfuz dan Doktor Muhammad Ad-Dukhokhoni telah menegaskan bahawa bahan “Nigellon” yang dikeluarkan dari Habbatus Sauda mempunyai keupayaan untuk mencegah kejadian kekejangan pada pembuluh udara di dalam paru-paru pada binatang yang digunakan sebagai bahan ujikaji.

Kajian ke atas pesakit yang terlantar di atas katil yang menghidap asthma menunjukkan bahawa bahan “Nigellon” mempunyai faedah dalam merawat kekejangan pembuluh udara mereka. Kemudian ia mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan asthma dan memberi manfaat dalam merawat serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis) ini.

Professor Doktor Mahmud Darwish Saiyyid bekas dekan jabatan farmasi di Universiti Kaherah telah berkata; “Telah terbukti bahawa bahan “Nigellon” mempunyai kesan yang lembut ke atas otot-otot dan memberi manfaat dalam merawat kes-kes asthma pada pembuluh udara dan kesakitan yang terjadi pada buah pinggang.”

Doktor Al-Fadhil Al-Abid Umar berkata; “ Hendaklah si pengidap menggunakan kisaran Habbatus Sauda yang berupa tepung atau bubuk sebanyak satu sudu kecil ketika diserang oleh asthma ini ataupun pada setiap hari sebagai pelindung dari asthma.”