HILANGKAN KEKELIRUAN ANDA....


MENGAPA MADU BEKU DAN BERBUKU-BUKU



Madu akan menjadi berbuku-buku jika kandungan semulajadi gula ringkas DEKSTROS berlebihan.

Kandungan DEKSTROS ini TIDAK BOLEH DIUBAH kerana ianya ditentukan oleh JENIS BUNGA yang dihinggapi oleh lebah.

Walau bagaimanapun untuk langkah awal mengelakkan pembekuan, janganlah menyimpan madu tersebut
di dalam peti sejuk.

Menurut pemerhatian dan pengalaman yang telah dibuat dan dijalankan oleh pakar-pakar madu
sesungguhnya madu hutan seperti madu tualang lebih mudah berbuku jika dibandingkan dengan madu pelihara.

Madu yang berbuku ini mudah dicairkan dengan merendamkannya ke dalam air suam (bukan air panas). Sebaiknya pada kadar 60 darjah celcius selama 5 minit.
Di dalam buku "SEVEN HEALTH SECRETS FROM THE HIVES" tulisan H.ROBSON menyebut bahawa madu tulen membeku sebagai bukti bahawa ianya belum diproses dan mempunyai khasiat yang tinggi.



MENGAPA MADU BERBUIH?


Madu asli tempatan selalunya mudah berbuih kerana mengandungi banyak air, disamping wujud ragi(yeast).Kandungan air yang tinggi mempercepatkan madu menjadi basi. Jika digoncang akan mengeluarkan buih dan akan meletup jika ditutup rapat didalam botol.Akibat kejahilan tentang madu, ramai yang suka membeli madu yang boleh "meletup" kerana disangkanya itulah madu asli yang terbaik.

***Sedarilah bahawa apa yang dipercayai secara turun temurun itu semestinya benar.

1 ulasan:

  1. T-Shirt - Titanium Cross Neck - Tioga Style - Tat-Titanium
    The T-Shirt is a new and classic titanium band ring necklace titanium wedding ring made titanium connecting rod of titanium. It contains the black oxide vs titanium drill bits T-Shirt design gr5 titanium of an intricate necklace with the same name.

    BalasPadam