KEKUATAN DAN KEBERKATAN ZIKIR


Sama ada siang dan malam,dalam apa jua keadaan dan dimana sahaja kita, marilah kita penuhi masa kita,naik turun nafas kita dengan wirid-wirid utama.
Sesungguhnya terdapat pelbagai jenis wirid-wirid utama yang diwarisi dari para Rasul, nabi, sahabat, wali Allah serta ulama-ulama muktabar.
Setiap wirid mempunyai pengaruh tersendiri di dalam hati.
Setiap wirid ada cahaya atau nuur tersendiri.
Setiap wirid ada makam dan darjatnya.
Setiap wirid ada maunahnya.
Setiap wirid ada pengaruhnya dalam menyinari hati dan menguasai anggota lahiriah.
Setiap wirid ada penilaian disisi Allah.
Setiap wirid hendaklah dilakukan secara istiqamah
Untuk membebaskan rasa bosan, malas atau tidak mahu berwirid langsung maka bolehlah diganti serta diubah rentak wirid tersebut asalkan tidak melencung dari sanadnya.
Ubahlah zikir menjadi wirid agar keberkesanannya lebih mantap.
Jadikan zikrullah sebagai wirid dengan waktu dan jumlah yang telah ditetapkan.
Gunakan tasbih untuk menentukan ketetapan jumlahnya.
Apabila jari jemari bergesel ianya akan mengeluarkan haba yang akan member kekuatan kepada tubuh,penahan daripada kejahatan dan penyembuhan daripada penyakit.
Zikir yang diwiridkan adalah rukun tariqat,kunci hakikat, senjata murid, pancaran cahaya ma’rifat kehambaan dan kewalian.
Ingatlah kepadaKu, maka Aku akan ingat kepadamu. (al-Baqarah:152)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan