RAHSIA PERUBATAN MADU DAN HABBATUS SAWDA’




Alhamdulillah sejak penubuhan Pusat Rawatan Menjaro pada 1992, ianya telah berjaya mendedahkan pelbagai rahsia perubatan dan penyembuhan berdasarkan Madu dan Habbatus Sawda’ bagi merawat penyakit mental, jasmani dan rohani (MENJARO) secara berkesan.
Pusat Rawatan Menjaro menyedari bahawa usaha membawa manusia yakin kepada system pengubatan Rasulullah S.A.W adalah merupakan tugas yang amat berat. Walaubagaimanapun PRM berasa bertanggungjawab untuk mengembangkan system perubatan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis agar ianya dapat diterima lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengaku beriman dengan Al-Quran dan Al-Hadis.
Pusat Rawatan Menjaro merasa cukup terharu kerana sejak akhir-akhir ini telah timbul satu kesedaran berubat dengan MADU dan HABBATUS SAWDA’. Berita tentang keberkesanan dan kehebatan MADU serta HABBATUS SAWDA’ tersebar dengan meluas melalui TV, radio, internet dan lain-lain. Beberapa eksperimen di kalangan pakar-pakar perubatan telah dilakukan di seluruh dunia. Justeru, Pusat Rawatan Menjaro amat yakin bahawa waktunya telah semakin hamper untuk kita menyaksikan dunia akan member keutamaan kepada perubatan Islam dengan kembali kepada penyembuhan berasaskan MADU dan HABBATUS SAWDA’.
Pusat Rawatan Menjaro telah memerhati, meneliti ,mengamati dan mengkaji ramai yang menjadi saksi atas nama kebenaran bahawa MADU dan HABBATUS SAWDA’ mempunyai kuasa dan penyembuh yang menakjubkan. MADU dan HABBATUS SAWDA’ bertindak merawat,meringan,membantu serta menyembuhkan penyakit dan juga pesakit yang tidak dicapai oleh pakar-pakar perubatan moden. Adalah sesuatu yang mustahil perubatan moden dapat menandingi perubatan Ilahi melalui Nabi S.A.W iaitu “Tibb Nabawi” (Perubatan Rasulullah)
Perubatan di dalam Pusat Rawatan Menjaro lebih bersifat perubatan “PREVENTIVE” iaitu mengatur manusia kepada system hidup yang berdisiplin, agar mereka tidak akan ditimpa penyakit. Sekiranya mereka ditimpa penyakit Pusat Rawatan Menjaro akan mengajak seseorang pesakit agar sentiasa berbaik dangka dengan Allah S.W.T dan tidak meminta kesembuhan selain daripada Allah, dengan menyakinkan pesakit bahawa Allah S.W.T yang menurunkan penyakit,DIA jugalah yang menyembuhkan, dengan bergantung harap sepenuhnya kepada kesembuhan berdasarkan Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud : “Setiap Penyakit Ada Ubatnya Melainkan Mati”.
Pusat Rawatan Menjaro sebagai pengamal perubatan Islam telah dipermudahkan Allah S.W.T dengan sebanyak-banyak kemudahan. Ini adalah disebabkan Pusat Rawatan Menjaro mangambil asasnya yang kukuh daripada Al-Quran dan diperkuatkan dengan Hadis Nabi S.A.W. SEbarang penemuan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis akan menjadi asas yang kkuh untuk dipegangi hingga ke hari kiamat. Ianya tidak perlu diuji hanya perlu ‘proving’ bagi memungkinkan aplikasinya di bidang yang baru diterokai.
Pusat Rawatan Menjaro sentiasa mendoakan agar semua manusia, khususnya muslimin dan muslimat terbuka hati mereka untuk kembali kepada jaminan Allah Yang Maha Kuasa dan Rasul yang benar lagi bijaksana. Pusat Rawatan Menjaro tetap memilih MADU dan HABBATUS SAWDA’ sebagai asas di dalam perubatannya, maka ianya suatu pilihan yang tepat lagi berkat sebagai ubat terbaik di muka bumi, mesti diyakini dan nikmatnya perlu disyukuri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan