Testimoni MAHER (MADU HERBA)


Al-Haj Syeikh Hafiz Amanullah Meeratab Khan
Alamat: No.96 Bukit Tembaga,Kuala Nerang Kedah
Nama Produk: MAHER
Jenis Penyakit: Sakit Lutut Yang Kronik
Rawatan Dibuat: Hospital pakar di seluruh Malaysia
Nama saya Al-Haj Syeikh Hafiz Amanullah Meeratab Khan. Saya telah lama menghidap sakit lutut. Gris lutut saya sudah habis. Saya tidak boleh bangun, duduk, berjalan dan tidur. Apabila penyakit saya semakin teruk,saya meminta pendapat salah seorang doktor di salah sebuah klinik di area kedah. Beliau mencadangkan saya supaya berjumpa dengan seorang pakar tulang di sebuah hospital pakar di Kedah.
Setelah berjumpa dengan doktor pakar didapati bahawa lutut saya tidak seimbang. Sebelah daripadanya perlu diubati. Saya mendapat rawatan di hospital berkenaan di mana setiap suntikan yang diberi dikenakan bayaran sebanyak RM300.00 dan saya menghabiskan lebih kurang RM 2,000.00. Setelah mendapat rawatan di hospital berkenaan,saya masih mengalami rasa sakit. Doktor tersebut menyarankan supaya saya menggunakan tongkat. Selepas itu saya berjumpa dengan seorang doktor dari salah sebuah farmasi. Beliau mencadangkan saya berjumpa dengan seorang lagi pakar tulang juga dari hospital yang sama.Doktor yang saya jumpa memberitahu bahawa saya sudah tidak boleh diubati lagi.
Selain itu, saya turut berjumpa dengan semua doktor pakar dari semua hospital terkenal di seluruh Malaysia. Namun, keadaan saya tetap sama. Saya berasa amat susah hati. Saya banyak bertaubat dan membaca Al-Quran serta berdoa kepada Allah supaya penyakit saya sembuh. Semasa saya membaca Al-Quran, surah Ar-Rum ayat 50 yang bermaksud “Maka lihatlah bekas rahmat Allah, bagaimana dia menghidupkan bumi sesudah matinya”. Apabila saya membaca ayat ini, saya sedar ada penawar bagi penyakit saya kerana Allah berkuasa atas sesuatu.
Tidak lama selepas itu,saya telah membeli sebotol madu MAHER dari Ustaz Hashim. Saya yakin terhadap produk ini kerana madu ada disebut di dalam Al-Quran sebagai penawar. Tanpa ragu-ragu saya terus mengamalkannya. Alhamdulillah, dengan berkat yang Allah berikan, penyakit saya berkurangan setelah saya meminum 2 sudu MAHER. Selepas mengamalkannya sebanyak 2 botol,penyakit saya telah sembuh sepenuhnya dan saya tidak perlu menggunakan tongkat lagi sehingga sekarang.
Saya yakin terhadap madu MAHER kerana Allah member berkat dan Allah meletakkan penawar di dalamnya. Jika diberi pilihan sebotol MAHER dengan segenggam emas, pasti saya memilih MAHER kerana dalamnya ada penawar. Dengan izin Allah,ubat doktor pakar boleh kalah dengan madu Ustaz Hashim. Saya amat bersyukur kepada Allah dan semoga Allah memberkati Ustaz Hashim, dan semua orang lain. Saya juga berharap agar Ustaz Hashim dapat meneruskan usaha ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan