Apakah peranan Habbatus Sawda’ di Dalam Rawatan Penyakit Asthma?





Ibnu Sina menukilkan di dalam bukunya yang masyhur “Al-Qanun fil At-Thib” (Undang-undang Perubatan) bahawa “ Habbatus Sauda” menghapuskan dan memberi manfaat dalam mengurangkan tekanan jiwa.”

Doktor An-Nasimi berkata: “ Adalah diperhatikan bahawa beberapa pesakit di kalangan penduduk di kawasan sekitar laut Mediterranean – sekira-kira di mana di sana Habbatus Sauda tumbuh dengan banyaknya – menggunakan minyak yang dikeluarkan dari biji-biji Habbatus Sauda bagi merawat serangan penyakit dada dan batuk-batuk, khususnya di kalangan orang awam di Mesir. Melainkan rasa minyak itu tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang lebih-lebih lagi ia mempunyai kesan pengeringan ke atas selaput-selaput lender pada anggota-anggota penghadaman.

Doktor Muhammad Al-Mahfuz dan Doktor Muhammad Ad-Dukhokhoni telah menegaskan bahawa bahan “Nigellon” yang dikeluarkan dari Habbatus Sauda mempunyai keupayaan untuk mencegah kejadian kekejangan pada pembuluh udara di dalam paru-paru pada binatang yang digunakan sebagai bahan ujikaji.

Kajian ke atas pesakit yang terlantar di atas katil yang menghidap asthma menunjukkan bahawa bahan “Nigellon” mempunyai faedah dalam merawat kekejangan pembuluh udara mereka. Kemudian ia mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan asthma dan memberi manfaat dalam merawat serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis) ini.

Professor Doktor Mahmud Darwish Saiyyid bekas dekan jabatan farmasi di Universiti Kaherah telah berkata; “Telah terbukti bahawa bahan “Nigellon” mempunyai kesan yang lembut ke atas otot-otot dan memberi manfaat dalam merawat kes-kes asthma pada pembuluh udara dan kesakitan yang terjadi pada buah pinggang.”

Doktor Al-Fadhil Al-Abid Umar berkata; “ Hendaklah si pengidap menggunakan kisaran Habbatus Sauda yang berupa tepung atau bubuk sebanyak satu sudu kecil ketika diserang oleh asthma ini ataupun pada setiap hari sebagai pelindung dari asthma.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan