PUSAT RAWATAN MENJARO


RAHSIA PERUBATAN MADU DAN HABBATUS SAWDA’
Syaidina Ali r.a pernah berkata: “Kenalilah kebenaran, nescaya kamu akan kenal siapa yang benar”
Elakkanlah kekeliruan dengan menilai kebenaran berdasarkan kitab Allah dan Sunnah yang mulia.
Sebenarnya kita tidak perlu merasa hairan jika ada orang Islam yang baik,dapat menerima teori evolusi sebagai ilmu yang benar dan dapat menerima sistem sekular sebagai satu cara hidup yang terbaik dengan menghargai pendapat seorang pakar atau bijak pandai melebihi pendapat serta sabda nabi yang bistari.
Oleh itu untuk mengelak umat islam dari akibat yang sama,kita kembalilah kepada Islam yang syumul sebagai jalan penyelesaian yang hakiki.
Pusat Rawatan Menjaro telah dan akan terus berusaha untuk menerap dan memahami ajaran Islam sebagai terasaqidah tauhid yang mantap.Umpamanya didalam sistem perubatan moden, kebanyakan atau sebahagian besarnya ubat-ubatan moden dihasilkan untuk memenuhi tuntutan cara hidup sekular.Penciptaan ubat-ubatan baru adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah penyakit yang timbul dari cara hidup syaitaniah seperti pergaulan bebas, seks bebas, minuman keras, pelacuran dan sebagainya. Ubat-ubat ini dicipta untuk mempertahankan cara hidup mereka seperti pil pencegah kehamilan atau pil perancang keluarga.
Manakala Islam menyelesaikan permasalahan bukan dengan mencipta ubat semata-mata, tetapi dengan mencegah perbuatan-perbuatan yang menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit tersebut melalui penguatkuasaan syariat Islam.
Tidak timbul sama sekali hendak mengajak masyarakat Islam menolak semua bentuk perubatan barat tetapi menolak sesuatu yang tidak secucuk dengan syariat Islamadalah menjadi tanggungjawab bersama.Kehancuran dan kemusnahan yang berlaku pada hari ini adalah akibat hancur dan musnahnya kepercayaan terhadap kitab Allah dan sunnah Nabi SAW. Tiada banyak yang mengambil kira halal dan haram di dalam mencari kekayaan dan penyembuhan.
Dalam kita berusaha memahami sistem perubatan Islam, haruslah difahami bahawa sejarah perubatan adalah sama usianya dengan tamadun manusia. Untuk mencipta perubatan, manusia telah mencipta pelbagai kaedah bagi mengatasi kesakitan, kesengsaraan dan penderitaan.
Sejarah perubatan bangsa-bangsa didunia dalam mencari penyembuhan, mereka bertaqlid, meniru, mengikut dan menerima apa sahaja yang dipusakai dari nenek moyang mereka, hingga menjadi adat kebiasaan dan berbagai macam kepercayaan yang timbul seperti tahyul dan khurafat yang meletakkan seolah-olah tidak ada kaitan antara manusia dan tuhan yang mencipta serta menjadikan orang-orang terdahulu dari mereka.
PRINSIP-PRINSIP PERUBATAN PUSAT RAWATAN MENJARO
Konsep Pusat Rawatan Menjaro dinaungi oleh syariat dengan melahirkan kepercayaan kepada adanya tuhan yang Maha Kuasa yang mencipta dan menjadikan manusia.Setelah mengenal dan percayakan keesaan Allah, barulah tumbuh keimanan dan ketakwaan kepadaNYA. Allah SWT dengan tegas telah berfirman yang bermaksud: “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit. Bagaimanapun kita sebagai hambanya harus berikhtiar dengan pelbagai cara untuk merawat segala penyakit dan tidak boleh berserah pada nasib dan takdir semata-mata. Rasulullah SAW sendiri turut berikhtiar seperti berbekam dan sentiasa mengamalkan Madudan Al-Habbatus Al-Sawda’.
Dalam menjalankan tugas, Rasulullah SAW adalah seorang guru yang mengajar, mendidik dan membinmbing manusia kejalan yang benar, bahagia dan selamat dunia dan akhirat.
Sebagai hambayang beriman kita tidak ada pilihan, melainkan mengikuti perjalanan dan perintah nabi yang telah disampaikan dan dipercontohkan kepada kita. Tidak akan selamat hidup kita kecuali dengan mengikuti sunnah nabi SAW.
MENYINGKAP RAHSIA DARI FIRMAN YANG MULIA
Allah telah mencipta akal fikiran dan melengkapinya dengan petunjuk(wahyu). Allah juga memerintahkan kepada orang-orang yang diberikan akal agar memperhati, merenung dan memikirkan keajaiban makhluk ciptaanNya serta rahsia dari ciptaan itu untuk diambil manfaatnya kepada manusia. Berkaitan dengan itu Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah. Wahai lebah! Buatlah tempat tinggalmu(sarang) diatas bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan ditempat-tempat yang dibina manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap jenis buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah memudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran tuhan bagi orang yang mahu berfikir”
(Surah An-Nahl:68-69)
Al-Quran diturunkan bertujuan memberi petunjuk kepada manusia tentang apa yang tidak diketahuinya. Di antara wahyu Al-Quran terdapat ayat tentang lebah, makhluk kecil yang mampu mengeluarkan penawar yang amat tinggi khasiatnya yang berfungsi sebagai ubat serta mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit manusia.
Di samping itu beberapa hadith Nabi SAW tentang Habbatus Sawda’ juga amat menarik minat saya. Di antaranyahadith yang bermaksud: “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sawda’ ini, kerana di dalamnya terdapat ubat bagi semua penyakit, melainkan mati” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Ayat dan hadith ini telah membangkitkan rasa keghairahan saya untuk menyingkap rahsia LEBAH dan HABBATUS SAWDA’ serta khasiat MADU jua HABBATUS SAWDA’. Saya yakin pada firman dan sabda itu pasti terletak rahsia kekuatan perubatan. Untuk tujuan tersebut, sekitar 1974 saya telah mendatangi ramai guru-guru terutama di Negeri Pahang dan Terengganu dan Kelantan yang berpengalaman luas didalam bidang perubatan Islam. Alhamdulillah mereka berlapang dada dan sanggup membantu saya.
Setelah menimba banyak pengalaman di dalam sistem perubatan Islam ‘Tibb Nabawi’ pada tahun 1994 saya menubuhkan Pusat Rawatan Menjaro(Singkatan Mental, Jasad dan Roh) kerana merasa terpanggil untuk menyedarkan umat Islam dengan member focus yang lebih utama terhadap rahsia-rahsia perubatan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah. Sebenarnya dasar-dasar perubatan dan kedoktoran telah lama diperkenalkan di dalam Al-Quran dan hadith; seperti memelihara kesihatan, mencegah penyakit dan mengubati penyakit.
Ustaz Yusof Terengganu
Silat Sendeng / Tomoi Siam 1975
Tuan Guru Hj Hashim (Pasir Tumbuh)
Pak Da Musa -Kuantan Tahun 1976

Tiada ulasan:

Catat Ulasan