Keyakinan 100% terhadap firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl:69


Keyakinan 100% terhadap firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl:69
يخرج من بطونها شراب مختلف ألونه فيه شفاء للناس إن في ذلك لآية لقوم يتفكرون
Yang bermaksud : “Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya sebagai penyembuh bagi manusia.”
Keyakinan 100% terhadap sabda Nabi SAW yang fatanah(bijaksana)di dalam sabdanya
عليكم بهذه الحبة السوداء فإن فيها شفاء من كل داء إلا السام والسام الموت (رواه البخارى ومسلم)
Yang bererti : “Tetaplah kamu dengan Al-Habbah Al-Sawda’ ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali al-Sam dan al-Sam itu ialah mati.”
Telah mendorong Dato Hj Hashim Bin Ismail, Pengerusi Eksekutif Pusat Rawatan Menjaro untuk mengkaji dan membuktikan betapa benarnya firman Allah yang Maha Pencipta dan betapa benar dan bijaksananya Sabda Rasul akhir zaman.
Sebagai hamba Allah yang beriman kita hendaklah memahami Kitabullah dan sunnah Rasul dengan baik.Sesungguhnya perubatan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith tidaklah memerlukan prove, pendapat atau komen orang lain untuk mempercayai kebenaran perubatan Allah dan Rasul.
Sebenarnya dasar-dasar ilmu kedoktoran telah lama diperkenalkan di dalam Al-Quran iaitu cara memelihara kesihatan, timbulnya penyakit dan mengubati penyakit.

CARA MENJAGA KESIHATAN
كلو ا واشربوا ولا تسرفوا
“Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui batas.” (Surah Al-A’raf:31)
*Makan berlebihan melampaui batas akan menimbulkan penyakit.
Inilah salah satu cara menjaga kesihatan dengan mengikut ketentuan dan kadar yang dapat dimanfaatkan oleh tubuh. Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan makan malam walau hanya dengan segenggam Buah Kurma. Baginda bersabda :
ترك العشاء مهرمة
Ertinya: “Meninggalkan makan malam(mempercepatkan) ketuaan.” Hadith riwayat : Tarmizi/Ibn Majjah.
Saranan Nabi Muhammad SAW di atas mengandungi begitu banyak hikmah termasuk di bidang kesihatan. Abu Nu’aim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang seseorang terus tidur setelah makan, sebab hal itu dapat mengeraskan hati. Para ahli kedoktoran pun menganjurkan agar berjalan (melakukan gerakan) dahulu setelah makan malam sebelum tidur, walau hanya 100 langkah sahaja. Terus tidur setelah makan akan mengundang pelbagai jenis penyakit.

SEJARAH
Sejarah telah membuktikan jasa, sumbangan dan penguasaan umat Islam di dalam tamadun umat manusia termasuk dalam bidang perubatan. Nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Kindi, Ibnu Rush dan lain-lain telah mewaqafkan hidup mereka untuk pembangunan ilmu perubatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith.Setiap individu Islam perlu mengembalikan kedaulatan Islam di bumi Allah. Sesungguhnya kedaulatan Islam tidak akan tertegak dengan kekuatan laungan dan semangat, akan tetapi Insyaallah akan tertegak melalui ilmu, tarbiyah dan jihad.

SIKAP
Islam menganjurkan supaya berubat dengan bahan yang halal dan suci.
Hadith Rasulullah SAW:
عن ابى هريرة رضى الله عنه قال نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الداء الخبيث
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “ Rasulullah SAW melarang pengubatan dengan ubat yang najis.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)
Bagaimanakah sikap kita sebagai umat Muhammad SAW terhadap saranan hadith tersebut?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan