Habbatus Sauda’ dan Ubat-Ubatan Yang Digunakan Sebagai Anti Barah



Sebagaimana yang diketahui bahawa ubat-ubatan yang digunakan untuk menentang barah mempunyai kesan-kesan sampingan. Ubat-ubat ini berkemungkinan merendahkan jumlah sel-sel putih dan menyebabkan berlakunya kekurangan darah (anemia) hasil dari pengurangan sum-sum tulang.

Adalah diakui bahawa “ Cisplatin” adalah salah satu ubat yang mahsyur yang digunakan di dalam merawat bengkak-bengkak barah.Ubat ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan.

Beberapa orang penyelidik dari Pusat Penyelidikan Barah di India telah melakukan penyelidikan di mana hasilnya telah disiarkan di dalam majalah “J.Ethno Pharmacology” Tahun 1991, di mana mereka telah menemui bahawa penggunaan Habbatus Sauda’ melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat penggunaan “Cisplatin”. Penggunaan Habbatus Sauda’ juga mencegah terjadinya kes kekurangan darah ataupun pengurangan sel-sel darah putih pada tikus-tikus yang diberikan ubat ini.

Sebagaimana keputusan-keputusan ujikaji ke atas Habbatus Sauda yang telah diisytiharkan oleh para penyelidik di Universiti Iskandariyah, Mesir di muktamar tahunan yang diadakan oleh Yayasan Mesir bagi penyakit alahan di mana di dalam kajian yang telah dijalankan di Iskandariyah yang turut disertai olehDoktor Al-Mufti seorang professor ilmu kehaiwanan, Doktor Ad-Dukhokhoni dan Doktor ‘Imaduddin Muhammad membuktikan bahawa minyak Habbatus Sauda mempunyai kemungkinan mencegah terjadinya bengkak-bengkak barah kulit pada tikus-tikus dengan kadar nisbah 80%.

Di Institut Akbar Al-Islami di Wilayah Florida,Amerika Syarikat Doktor Muhammad Al-Qaadhi dan Doktor Usamah Qindil telah menjalankan ujikaji ke atas penyakit barah. Kedua-dua penyelidik ini telah mendapati bahawa kisaran biji-biji Habbatus Sauda kemungkinan mengurangkan saiz bengkak-bengkak dan menambahkan sel-sel darah penolong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan