Testimoni MASAD & Masad Cafe



Saya Fatimah Binti Ahmad, seorang suri rumah sepenuh masa. Sebelum ini saya seorang pengusaha kantin sekolah bersama-sama dengan suami. Disebabkan masalah kesihatan saya terpaksa berhenti daripada bekerja dan menjadi seorang suri rumah. Ditambah dengan faktor usia yang kian meningkat dan sakit lutut yang melampau menjadikan saya tidak mampu bergerak seperti sediakala. Akhirnya saya diperkenalkan oleh seorang kawan iaitu seorang guru di salah sebuah sekolah di kedah dengan produk keluaran PRMGV ini.Beliau merupakan satu-satunya pengedar non-muslim yang memasarkan produk islam.Saya begitu teruja dan terkejut dengan kesungguhan beliau memperkenalkan produk ini kepada saya, dan akhirnya saya nekad untuk mencuba.

 Setelah mencuba beberapa kali produk Madu Sawda’(MASAD) ini, saya dapat merasakan kelainan pada badan dan juga pergerakan saya. Saya sudah mampu bergerak lebih aktif dan sudah boleh melakukan kerja-kerja yang agak berat sesuai dengan usia saya. Sehingga kini saya masih mengamalkan produk keluaran PRMGV kerana saya yakin dengan keberkesanan produk ini. Saya tampil untuk menjadi testimoni disebabkan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi dengan orang ramai tentang produk yang sememangnya bagus dan sesuai untuk diamalkan oleh setiap peringkat umur bermula dari bayi sehinggalah golongan veteran. Sedar tak sedar, saya telah pon menggunakan produk MASAD ini lebih dari 3 tahun dan lebih kurang 25 botol yang saya simpan di rumah. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana memberikan nikmat kesihatan selepas saya mengamalkan produk yang ternyata berkesan.
Terima kasih PRM Global Vision kerana mencipta produk yang amat berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan